Masak Lemak Ikan Keli

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan keli
20 tangkai cili padi
5 biji mangga muda
2.5 sm kunyit hidup 1 biji kelapa, diambil santan pekat
Garam secukupnya
Sedikit air

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar. Rendam di dalam air asam jawa setengah jam. Kemudian cuci bersih dan sejat. Tumbuk cili padi dan kunyit hingga lumat. Kemudian masukkan ikan, air dan cili tumbuk di dalam periuk. Jerang hingga sebati baru masukkan santan. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan mangga muda yang dipotong kecil-kecil dan garam. Kacau rata. Apabila cukup masak angkat dan hidangkan.