Biskut Kelapa (II)

Ramuan / Bahan

125 gm tepung gandum
sedikit garam
60 gm marjerin
45 gm gula halus 30 gm kelapa parut
1 biji telur kuning
2 sudu air
½ sudu esen vanila

Cara-cara

Sediakan dulang pembakar & ketuhar. Griskan dulang pembakar. Atur tetingkat & panaskan ketuhar 180'c. Sediakan biskut. Gaulkan & ramas marjerin ke dalam tepung di dalam mangkuk adunan. Masukkan gula, kelapa parut kering & kacau rata-rata. Masukkan campuran kuning telur & uli hingga doh menjadi pejal. Uli doh perlahan-lahan di atas papan canai ditabur dengan tepung. Canai pestri setebal 3 mm & potong kepada bentuk yang dikehendaki. Alihkan biskut ke atas dulang pembakar dengan pisau meja atau pisau pelepa. Cucukkan biskut dengan garpu supaya bercorak-corak. Sapukan biskut dengan putih telur & taburkan kelapa parut yang kering diatasnya (jika suka). Bakar selama 20 minit di dalam ketuhar yang sederhana panas. Sejukkan & hidangkan di dalam pinggan bulat atau simpan di daalm tin yang kedap udara.