Masak Lemak Cili Padi Ikan Kembung

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan kembung sederhana besar
1 biji kelapa parut (ambil 2 mangkuk santan)
2 biji tomato (dipotong empat)
2 tangkai cili hijau (dibelah dua)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa Bahan ditumbuk halus:
10 tangkai cili padi
2 sm kunyit hidup

Cara-cara

Ikan kembung disiang dan dibersihkan. Campurkan bahan tumbuk dan ikan ke dalam santan. Jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau supaya santannya tidak pecah. Masukkan ikan, tomato, cili hijau dan garam. Bila santan sudah mendidih padamkan api. Kemudian hidangkan.