Masak Asam Ikan Keli Berkantan

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan keli(disiang & dibersihkan)
1 sudu kecil halba
1 ½ sudu besar bawang putih(dikisar)
1 ½ sudu besar bawang merah(dikisar)
1 cm halia(ditumbuk)
8 sudu besar cili kering(dikisar)
3 keping asam gelugur 3 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan(dibelah dua)
4 helai daun limau purut
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara-cara

Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia serta halba. Setelah naik bau & kekuningan, masukkan cili kisar & kacau
lagi sehingga agak garing cilinya. Masukkan sedikit air & tumis sehingga bahan-bahan ini pecah minyak sebelum masukkan air asam jawa. Masukkan garam. Kacau lagi supaya ia mesra & kemudian tunggu sehingga mendidih. Setelah mendidih baru masukkan ikan keli. Tunggu
seketika sebelum masukkan bunga kantan. Setelah ikan masak, masukkan daun limau purut dan asam gelugur. Kacau dalam seminit lagi sebelum angkat & hidangkan.