Lempiang Ikan

Ramuan / Bahan

300 gm ikan tenggiri
30 gm kacang panjang
5 gm daun limau purut
3 cawan minyak untuk menggoreng
1 biji telur
½ biji timun
1 ½ sudu besar cili mesin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar garam
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu besar serbuk lada
½ sudu besar gula Bahan-bahan sos cili:
2 biji cili merah
4 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
1 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan cincang halus. Gaulkan ikan dengan cili mesin. Hiris kacang panjang sepanjang 1 cm. Hiris daun limau purut. Masukkan garam, serbuk lada, gula, sos tiram dan telur. Masukkan kacang panjang dan daun limau purut, kemudian gaul hingga rata dan lembut. Senduk adunan ikan dengan sudu dan jadikan adunan seperti lempeng sebesar 5 cm garis pusatnya. Goleh di atas tepung jagung. Goreng dengan minyak. Hidangkan dengan sos cili. Hias dengan timun yang dihiris bulat-bulat. Untuk menyediakan sos cilinya pula, tumbuk atau mesin cili hingga hampir lumat. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan tumbuk atau mesin. Panaskan air. Masukkan cili dan cuka, gula dan garam. Masukkan kacang yang ditumbuk. Pekatkan dengan tepung jagung.