Lawar

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan tamban (atau 2potong ikan parang, saiz kecil)
3 biji cili api
5 tangkai cili kering
2 biji asam limau nipis (ambil jusnya)
sedikit garam
secekak daun kesum (dihiris halus)
pilihan : sedikit kubis, dihiris halus
pilihan : 1 bawang besar, dimayang halus
pilihan : secekak daun salam, dihiris halus

Cara-cara

1.Ikan dibuang tulang tengahnya dan dihiris memanjang nipis-nipis. basuh dan tus, ketepikan.
2.Cili api dan cili kering dijadikan paste. masukkan garam.
3.Gaulkan semua bahan. jika suka hirisan ikan menjadi lebih hancur, bolehlah ditumbuk sedikit (jangan terlalu kuat/lama).
4.Masukkan perahan air asam.
5.Sesuaikan rasanya.