Kerutub Cencaru

Ramuan / Bahan

Bahan - bahan digoreng :

2 ekor ikan cencaru (anggaran dalam 500 gm )- dibelah belakang dan dikelar - kelar
serbuk kunyit
garam ( secukup rasa )

Bahan - bahan dikisar bersama :

25 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

3 batang serai ( diketuk )
gula ( secukup rasa )
minyak masak secukupnya

Cara-cara

Goreng ikan hingga masak dan ketepikan. Dengan minyak yang sama tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan serai yang diketuk dan kacau rata. Apabila naik bau, masukkan gula, garam dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng dan gaulkan ia. Sedia untuk dihidangkan.