Makaroni Goreng

Ramuan / Bahan

300g makaroni
400ml air
sedikit garam
satu sudu kecil minyak masak 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ inchi halia
50g ikan bilis
pelbagai jenis sayuran
2 biji telur
sos cili dan sos tomato (secukup rasa)
sedikit garam/gula

Cara-cara

1) rebus makaroni sehingga empok bersama sedikit garam dan minyak.
2) sesudah masak, toskan dan tambahkan air sejuk ke dalamnya. ketepikan
3) tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga berbau harum.
4) masukkan telur dan gorengkan sehingga masak dan kemudian tambahkan sayuran.
5) tambahkan sos,garam dan gula secukup rasa dan masukkan makaroni yang telah ditoskan daripada air sejuk.
6) goreng sehingga kering.