Kerapu Goreng Cili Padi & Halia

Ramuan / Bahan

seekor ikan kerapu
minyak untuk mengoreng
Bahan A
sedikit tepung jagung,serbuk kunyit, garam dan sebiji telur
Bahan B
segenggam halia muda yang telah dimayang halus
segenggam cili padi yang telah dipotomg halus Bahan C
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
3 titik minyak bijan
1 sudu besar sos ikan
1 susu kecil gula

Cara-cara

1.lumur ikan kerapu dengan Bahan A. Kemudian goreng ikan sehingga garing dengan minyak yang banyak dan pastikan kedudukan ikan adalah melebar dengan kedudukan kepala ikan tegak ditengah-tengah (seperti di restoran).
2.menggunakan minyak yang sama goreng Bahan B satu persatu sehingga garing dan ketepikan.
3. kurangkan minyak kepada 1 susu besar dan masak Bahan C sehingga menggelegak dan ketepikan.