Kerabu Ikan Bersos Ikan (Budu)

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan sardin (direbus/dibakar)
1 biji mangga muda(dicincang halus)
1 biji timun batang (dicincang halus)
½ ikat daun selum (dipotong kecil)
5 batang kacang panjang (dipotong kecil)
3 batang serai (dipotong kecil) sos ikan (budu)
cili api (dihiris)
garam
gula
serbuk perasa

Cara-cara

Ikan dibuang tulang dan dicarik halus-halus. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dicincang dan dipotong kecil. Masukkan sos ikan (budu)mengikut citarasa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Seterusnya masukkan sedikit serbuk perasa. Gaul semua bahan sehingga sebati. Sedia untuk dihidang dan dimakan.