Kepala Ikan Bakar Bersos Tomato

Ramuan / Bahan

2 ketul kepala ikan merah
100 ml sos tomato
2 helai daun selasih
100 gm lala 5 gm serbuk kunyit
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara

Bersihkan kepala ikan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.

Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah Celcius selama setengah jam.

Panaskan sos tomato dan daun selasih. Biarkan sampai mendidih dan masukkan lala dan kacau hingga masak.

Keluarkan kepala ikan daripada ketuhar dan curahkan sos ke atasnya.