Makaroni Goreng

Ramuan / Bahan

Bahan - bahan:-

1 bungkus makaroni
2 biji bawang hijau besar (didadu)
6 ulas bawang putih (cincang halus)
10 biji cili merah (dikisar)
1 sudu tomato paste
½ kiub pati ikan bilis
300gm udang sederhana besar
3 biji tomato (di belah 4)
100gm brokoli (di celur sebentar)
150gm butter
Minyak sedikit
Garam secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan letakkan butter, minyak adalah utk mengelakkan butter daripada hangus. Serta merta masukkan bawang putih, kacau sebentar sehingga naik bau dan masukkan bawang besar, biarkan layu(lembut) jgn garing.

2. Kemudian masukkan cili kisar dan tomato paste, kiub pati ikan bilis dan garam. Kacau.

3. Setelah itu, masukkan udang. Selepas 5 minit, bolehlah masukkan tomato. Selepas 5 minit masukkan makaroni, gaul sekata.

4. Akhir sekali masukkan brokoli. Kacau supaya mesra.