Kebab Ikan

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan tenggiri
1 kg minyak sapi
1 biji kelapa
1 biji telur ayam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar lada putih
Garam secukup rasa 2 inci halia
1 sudu teh jintan putih
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Ikan dicuci bersih dan dikikis isi seberapa yang dapat. Kenudian dicincang halus. Halia, jintan manis dan lada putih digiling halus. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, daun ketumbar dan giling hingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama ikan. Kelapa parut digiling halus dan masukkan ke dalam adunan ikan. Tabur garam dan serbuk perasa. Pecahkan telur ke dalamnya dan gaul sebati. Kepal bulat-bulat sebesar telur ayam dan goreng sehingga kuning. Angkat dan hidangkan bersama nasi.