Kari Sardin Marina Aisya

Ramuan / Bahan

1 tin sardin (besar atau kecil)
3 biji ubi kentang
semangkuk air asam jawa
garam
i ketul kiub ikan bilis
*bahan tumis
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur

*bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
5-6 tangkai cili kering (kalau nak pedas lagi boelh letak lebih)
2 bungkus rempah kari ikan

Cara-cara

Tumis bahan yg dihiris halus tadi bersama-sama daun kari dan halba campur.Tumis hingga garing dan naik bau.Setelah garing, masukkan bahan yg telah dikisar tadi, masak hingga semua bahan tadi garing.Setelah rempah dan bahan kisar tadi garing, kemudian masukkan air dan ubi kentang dan rebus hingga ubi empuk.Setelah ubi kentang empuk, masukkan ikan sardin, garam, kiub ikan bilis dan air asam jawa.Didihkan selam 2 minit kemudian tutup api..