Kari Kepala Ikan Bersama Terung

Ramuan / Bahan

1 kepala ikan jenahak atau ikan merah
1 ½ bungkus serbuk kari ikan
½ biji kelapa, diambil santan
4 biji terung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia 2 tangkai daun kari
3 biji tomato
Sedikit halba campur
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Air asam jawa secukupnya

Cara-cara

Ikan dibersih dan dipotong-potong. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Kacau rata hingga wangi. Masukkan serbuk kari. Kacau lagi. Apabila rempah garing dan wangi masukkan ikan. Masukkan air asam jawa. Biar hingga mendidih baru dimasukkan santan. Kacau hingga sebati. Masukkan terung, tomato dan garam. Kecilkan api biar hingga masak baru diangkat.