Makaroni Daging Berkuah Tomato

Ramuan / Bahan

500 gm daging lembu (dicincang)
Garam secukup rasa
2 camca besar tepung
Sedikit lada sulah
¼ camca teh serbuk biji sawi
4 camca besar mentega
2 biji bawang (dicincang) 1 cawan air panas
1 lobak merah (dipotong dadu)
4 camca besar sos tomato
½ mangkuk kacang pis
300 gm makaroni ( dimasak bersama air panas & gaul dengan mentega )
½ mangkuk keju parut

Cara-cara

Gaul daging bersama garam,tepung,lada sulah & serbuk biji sawi. Panaskan mentega di dalam kuali & tumis bawang hingga naik baunya. Kemudian campur daging & gaul. Tuangkan stok daging, air panas, lobak merah & sos tomato. Biarkan mendidih, Apabila daging empuk, masukkan kacang pis. Tuang ke atas makaroni & tabur keju diatasnya.