Kari Ikan Bilis (merebus)

Ramuan / Bahan

60 gm ikan bilis
2 biji kentang
½ biji kelapa parut (375 ml santan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari 30 gm / 1 sudu besar penuh serbuk kari
1 sudu kecil penuh asam jawa
½ sudu kecil halba campur
4 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Sediakan semua bahannya. Bersihkan ikan bilis. Kupas kentang & semua bawang. Basuh kentang, bawang & ikan bilis. Potong kentang & mayang semua bawang. Perah kelapa & ambil 375 ml santan. Perah air asam jawa & tapiskan ke dalam santan. Basuh halba campur & daun kari. Bancuh serbuk kari supaya menjadi pes. Memasak kari ikan bilis. Panaskan minyak dalam belanga / sospan. Goreng bawang hingga kuning. Masukkan halba campur & daun kari. Tumiskan rempah kari hingga naik minyak. Masukkan kentang, kacau & tutup periuk itu. Apabila berbau wangi, masukkan santan perlahan-lahan. Apabila santan mendidih & kentang telah empuk masukkanlah ikan bilis. Biarkan ia mereneh perlahan-lahan. Bubuh perasa secukupnya. Hidangkan & hias dengan cili yang telah dibentuk seperti bunga.