Kari Berempah Giling Ikan Keli

Ramuan / Bahan

600 gm ikan keli
12 tangkai cili kering
10 biji lada hitam
2 sudu besar rempah biji
1 sudu kecil jintan putih
½ biji kelapa (diambil santan)
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ketul kunyit 1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
4 biji tomato (dibelah dua)
5 biji cili hidup
½ biji timun
Garam
Asam jawa
Minyak

Cara-cara

Cili kering, lada hitam, jintan putih dan kunyit digiling halus. Masukkan 4 ulas bawang merah dan 8 ulas bawang putih dan digiling lagi. Tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kari. Bila kuning, masukkan bahan yang digiling tadi. Bila sudah hampir kering, masukkan santan dan asam jawa. Masukkan garam, bila mendidih masukkan ikan, ikan, timun, tomato dan cili hidup. Biarkan mendidih, angkat dan hidangkan.