Kari Bebola Ikan Enna

Ramuan / Bahan

15 biji bebola ikan Enna
1 helai daun kari
3 ulas bawang merah
2 batang serai
2 cm halia (ditumbuk)
2 cawan santan
3 ulas bawang putih (ditumbuk) 3 biji kentang (potong empat)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak masak
1 keping asam keping
Kunyit
Garam

Cara-cara

Basuh bersih bebola ikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili giling, rempah dan daun kari. Biar hingga pecah minyak.

Masukkan serai, asam keping dan kunyit serbuk. Setelah itu masukkan santan, ubi kentang dan bebola ikan.

Biar menggelegak dan ubi kentang empuk. Rasakan garam barulah diangkat.