Ikan Tongkol Rica

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan tongkol yang sederhana
besarnya
5 biji cili api
1 sm halia
10 biji cili merah 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit limau kasturi
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar memanjang, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu gaulkan dengan sedikit garam dan air limau pada keseluruhan ikan. Cili merah, cili api, bawang merah dan bawang putih digiling hingga lumat setelah itu campurkan dengan sedikit minyak, garam dan serbuk perasa secukupnya serta air limau secukupnya. Bahagikan dua bahan ini satu bahagian digaulkan dengan ikan sehingga cukup rata, kemudian pangganglah ikan sehingga setengah masak. Bila telah setengah masak tuangkan baki campuran cili pada ikan rata-rata kemudian pangganglah semula sehingga cukup masak dan kering.