Ikan Tongkol Goreng Kicap Manis Hellen

Ramuan / Bahan

Seekor ikan tongkol
(bersihkan, dan potong mengikut cita
-rasa anda)
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Kicap manis
2 camca sudu teh gula
serbuk perasa sesedap rasa
garam secukup rasa Sedikit asam jawa
Bahan yang ditumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit cili kering(rendamkan terlebih dahulu)

Cara-cara

1).Goreng ikan terlebih dahulu.
Ketepikan.
2).Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk,
kemudian masukan air asam jawa.
3).Masukan kicap,gula,serbuk perasa dan
sedikit garam beserta dengan ikan
yang telah digoreng.
4).Panaskan seketika,dan bolehlah
dihidangkan.