Ikan Terubuk Goreng Berkicap

Ramuan / Bahan

1 ekor Ikan Terubuk
Bahan perapan :
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
sedikit halia - ditumbuk lumat
sedikit serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar air

Cara-cara

1. Ikan terubuk diperap bersama bahan perapan selama 10 minit. Kemudian digoreng sehinga garing.
2. Tinggalkan minyak dalam anggaran 1 sudu besar. Kemudian tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau.
3. Masukkan kicap lemak manis dan air.
4. Akhir sekali masukkan ikan terubuk.