Ikan Tenggiri Masak Asam Kuah

Ramuan / Bahan

2 potong ikan tenggiri
1 bungkus serbuk rempah kari
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia 30 sen cili boh
1 biji terung dibelah empat
Sedikit air asam jawa
Sedikit kerisik

Cara-cara

Ikan dibasuh bersih kemudian toskan airnya. Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang halus. Ambil separuh dari bahan yang telah dimayang ini kemudian ditumbuk hingga lumat. Setelah itu campurkan dengan rempah kari dan kerisik. Kemudian gaulkan bersama cili boh. Panaskan sedikit minyak. Setelah itu tumiskan bawang-bawang serta halia yang sudah dimayang tadi hingga garing. Bila telah garing masukkan pula bahan campuran kerisik serta serta cili boh tadi. Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila mendidih masukkan ikan. Setelah separuh masak masukkan terung serta tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Sesudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.