Makarona Bakar

Ramuan / Bahan

1 cawan makarona bentuk buah pinggang (dicelur)
4 biji
2 cawan santan pekat daripada sebiji kelapa atau 1 peket santan serbuk
1 cawan tepung gandum
1 camca kecil jintan manis 1 camca kecil ketumbar
1 camca kecil lada sulah
1 labu bawang besar (dicincang)
ΒΌ kg daging cincang atau daging mafrum
Sedikit daun sadri dan daun bawang sedikit minyak

Cara-cara

Semua rempah dan jintan ditumbuk halus.
Panaskan minyak, tumis bawang besar diikuti dengan rempah dan jintan tumbuk. Bila sudah naik baunya masukkan daging cincang. Kacau hingga masak, angkat dan ketepikan. Sediakan satu bekas, campurkan santan, tepung, bahan tumis dan makarona lalu dikacau rata. Sapukan minyak pada bekas pembakar kemudian bakar hingga masak. Biarkan sejuk sedikit baru dihias dan dihidangkan. Sesuai untuk minum petang.