Ikan Tenggiri Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan tenggiri saiz besar (ambil isi sahaja)
Bahan untuk dikisar/ditumbuk
3 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sudu makan lada hitam
Bahan-bahan lain
tepung jagung
4 biji telur
daun kari (dipotong halus)
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan ambil isinya dengan menyisip isi ikan menggunakan pisau yang tajam. Kisar atau tumbuk bahan iaitu bawang putih, halia dan lada hitam. Kemudian lumurkan bahan yang telah dikisar tadi pada isi ikan. Pecahkan telur dan pukul bersama garam secukup rasa (macam nak buat telur dadar la). Tuangkan telur yang telah dipukul bersama tepung jagung ke atas isi ikan dan gaul rata. Pastikan tepung jagung mencukupi untuk memastikan rempah melekat pada ikan. Kemudian goreng dengan minyak yang panas sehingga kekuningan dan rangup.