Ikan Tenggiri Goreng Berkicap

Ramuan / Bahan

300 gm ikan tenggiri
2 labu bawang besar-dimayang bulat-bulat
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tomato
2 biji cili merah dibelah 8 1 sudu makan cili giling
1 senduk minyak kelapa
1 sudu teh gula
Garam dan ajinomoto

Cara-cara

Ikan teggiri dibersihkan dan dipotong 3. Lumurkan garam pada ikan dan goreng garing. Kemudian angkat.

Tumiskan pula cili giling hingga garing. Kicap dan sos tomato dicampur dan dibancuh dengan 1/2 cawan air.

Setelah itu masukkan dalam kuali cili tadi. Masukkan juga gula, garam dan ajinomoto. Setelah mendidih masukkan ikan.

Balik-balikkan sebentar dan barulah dibubuh bawang besar dan cili merah. Kemudian angkat dan hidangkan.