Asam Pedas Cerana

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan merah (saiz sederhana)
7 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
7 ulas bawang putih
2 inci halia
Sedikit belacan
2 inci kunyit hidup 2 batang serai
1 tangkai sawi jeruk
½ mangkuk minyak (untuk menumis)
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara

Kisarkan bawang merah, cili giling, bawang putih, halia, belacan dan kunyit hidup sehingga benar-benar sebati. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga mendidih dan naik baunya. Kemudian masukkan air asam jawa ke dalamnya lalu dikacau semula. Titikkan serai dan masukkan ikan merah yang telah dibersihkan sebelumnya ke dalam tumisan. Hiriskan daun kunyit serta sawi jeruk. Biarkan mendidih selama 10 minit. Taburkan sedikit garam dan serbuk perasa sebelum menghidangnya panas-panas.