Ketan Waluh

Ramuan / Bahan

125 gm pulut putih - rendam 1 jam
100 gm santan
½ sudu kecil garam
1 helai daun pandan 200 gm labu kuning yang dipotong dadu
100 gm kelapa yang agak muda - diparut
Gula secukupnya

Cara-cara

Kukus pulut selama 20 minit, turunkan dan arun dengan santan bercampur garam. Ambil sebuah mangkuk, isikan sedikit labu, kelapa parut dan pulut. Kukus selama 25 minit. Angkat dan terbalikkan ke atas piring, taburkan gula.