Biskut Kelapa (I)

Ramuan / Bahan

100 gm tepung gandum
60 gm tepung kastard
120 gm mentega
60 gm gula kastor 2 biji kuning telur
2 camca kecil nescafe
200 gm kelapa parut
Sedikit vanila

Cara-cara

Pukul gula, telur dan mentega hingga kembang, masukkan vanila, nescafe, tepung gandum dan tepung kastard. Uli adunan menjadi satu doh. Terap bentuk empat segi dan bakar. Setelah biskut masak dan garing, keluarkan dan gaul dengan kelapa parut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.