Ikan Siakap Masak Pedas

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng 5-7 biji lada besar (merah) dikisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 btg serai (dihiris)
1-2 helai daun limau purut
1 sudu bsr sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Bersihkan ikan. Lumurkan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak.

Untuk sos masak pedas:
Tumiskan bawang sehingga kuning. Masukkan lada merah yg telah dikisar tadi. Kemudian masukkan serai, sos tiram, sos cili, garam dan gula dan juga daun limau purut.

Tumiskan semua bahan sehingga naik minyak