Kentang Panggang

Ramuan / Bahan

1 kg kentang
2 sudu besar yoghurt
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 ulas bawang merah (ditumbuk halus) 2 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
1 sudu besar jintan halus
½ sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kupas kulit kentang dan bersihkan. Campur kesemua bahan lain hingga rata dan lumurkan pada kentang. Masukkan ke dlaam ketuhar dan panggang hinga empuk. Sedap dimakan dengan ayam panggang.