Ikan Patin/Keli Berkuah

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan patin dipotong
3 cawan air
1 batang serai dipotong
2 bawang merah ditumbuk
2 cm halia ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu kecil asam jawa
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap soya
cili padi dipotong
Garam & Ajinomoto secukup rasa 1. Minyak masak untuk tumis bawang

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali
2. Masukkan bawang merah/putih/halia/serai/cili dan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan ikan patin/sos tiram/asam jawa/kicap soya
4. Masukkan 3 cawan air. Tambah garam & ajinomoto secukup rasa
5. Biarkan ikan masak sepenuhnya dan sedia untuk dimakan bersama nasi putih