Ikan Pandan Berkentang

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan tumbuk:
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang merah
½ sudu kecil garam

Bahan-bahan perap:
300 gm isi ikan tenggiri
2 sudu kecil nampla (sos ikan)
½ sudu kecil cuka epal Sedikit serbuk kunyit dan garam
15 helai daun pandan
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan inti:
2 biji kentang, digoreng dan dilecek lumat
1 biji kuning telur
1 helai daun kunyit, dihiris halus

Cara-cara

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Lumurkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian isi ikan hendaklan dipotong dadu, buang tulang tengahnya). Lumurkan ikan dengan nampla dan cuka, perap ikan selama 1/2 jam. Ketepikan. Sediakan bekas lain, masukkan kentang yang dilecek lumat bersama hirisan daun kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan bawang merah. Gaul hingga sebati. Masukkan kuning telur. Gaul kesemua bahan tadi hingga sebati, ketepikan. Bersihkan daun pandan, lurutkan seketika untuk melembutkannya. Lipatkan daun pandan seperti kon. Masukkan sedikit bahan inti (kentang) ke hujung kon pandan tadi. Kemudian masukkan seketul isi ikan yang diperap. Tutup dengan sedikit lagi inti kentang. Bungkus ikan tadi seperti membungkus ketupat palas. Panaskan minyak, goreng ikan pandan ini hingga masak.