Ikan Merah Masak Asam

Ramuan / Bahan

Dua keping isi ikan merah -perap dengan garam dan kunyit
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - hiris bulat
3 ulas bawang merah - tumbuk
¾ inci halia - tumbuk
10 ulas cili api - tumbuk
Air asam jawa
Serbuk perasa
Garam dan sedikit air

Cara-cara

Goreng ikan yang telah diperap sehingga garing.Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan cili api hingga garing dan naik bau.

Masukkan air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa dan sedikit air.

Masukkan bawang besar, apabila bawang telah lembut masukkan ikan tadi. Sedia untuk dihidang!