Ikan Merah Lemak Putih

Ramuan / Bahan

1kg kepala ikan merah
2 cawan santan
5 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

8 ulas bawang merah - dimayang
15 biji cili padi - dihiris halus
2 batang serai - dihiris nipis
1 cm halia - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
6 helai daun limau purut - dihiris nipis

Cara-cara

Masukkan ikan ke dalam periuk bersama santan dan semua bahan lain.
Masak dia tas api yang sederhana kecil dan dikacau selalu supaya santannya
tidak akan pecah.
Apabila telah masak, sedia untuk dihidangkan.