Kentang Lenyek Carnation

Ramuan / Bahan

1 kg kentang, dikupas kulit, potong dadu saiz lebih kurang 1 inci
¾ cawan susu cair carnation
¼ cawan mentega, @ marjerin 1 cawan keju cheddar diparut halus
1/8 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-cara

a. Rebus ubi kentang selama 15 - 20 minit dengan api yang sederhana sehingga empuk.
b. Dah empuk, sila toskan.
c. masukkan ubi kentang didalam periuk, tambah susu cair dan mentega.
d. lenyek ubi kentang,
e. campurkan keju, garam dan serbuk lada hitam.