Ikan Merah Lemak Kuning

Ramuan / Bahan

Bahan A
600 gram -Ikan merah (kepala atau isi)
3 batang kacang panjang
2 biji tomato
2 batang cili merah (untuk hiasan)
2 keping asam gelugor
2 helai daun limau purut
1 cawan air
1 biji kelapa (diambil santannya)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan B (kisar/giling)
12-15 tangkai cili kering
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 ½ inchi halia
2 inchi kunyit hidup
sedikit belacan

Cara-cara

Bersihkan Ikan.
Kisar atau giling bahan B hingga sebati. kacang panjang di potong pendek lebih kurang 3-4 cm, dan tomato dibelah 4.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan B yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan bahan A iaitu secawan air, asam gelugor,daun limau purut,potongan kacang dan tomato dan diikuti ikan merah. Setelah ikan separuh masak masukkan santan kelapa dan kecilkan api. Sentiasa gaul perlahan supaya santan tidak pecah. Setelah masak angkat dan hidangkan. Hias dengan potongan bunga cili merah.