Ikan Merah Kukus

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan merah lebih kurang ½ kg
5 sm halia
1 sudu besar garam
2 sudu besar margerin 1 biji limau nipis - dibelah 2
2 labu bawang besar ] dimayang
2 biji cili merah ]

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian direndam sekejap. Setelah itu basuk bersih.

Tumbuk halia dan garam. Kemudian dilumurkan pada ikan. Sapukan margerin pada loyang. Setelah itu masukkan ikan. Kukus hingga separuh masak.

Kemudian taburkan bawang besar dan cili merah atas ikan dan kukus lagi hingga masak. Perahkan limau di atasnya apabila hendak dihidangkan.