Ikan Merah Bakar Ala Mauritius

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan merah
2 gm cili merah
2 ml jus lemon
2 biji tomato - dipotong dadu
20 gm daun ketumbar 10 gm daun kari
10 gm daun parsli - dicincang
Sedikit paste bawang putih
4 sudu kecil minyak

Cara-cara

Kisar semua bahan kecuali ikan dan tomato. Perap ikan dan sapukan tomato di bahagian atasnya. Bakar pada kepanasan 160'C antara 20 hingga 25 minit. Hiaskan dengan gegelang bawang, hirisan lemon dan kiub tomato.