Ikan Masak Manis (menggoreng)

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal/kerapu yang kecil
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Sos:
2 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu cuka
¼ sudu tepung ubi
gula,garam & lada sulah(secukup rasa)
4 sudu air Hiasannya:
½ biji timun
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
4 sudu minyak

Cara-cara

Sediakan ikan: Bersihkan ikan bawal tetapi jangan memotong ekor & siripnya terlalu pendek. Perasakan dengan garam. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah,bawang putih,buangkan biji cili merah & basuhkan dengan bahan-bahan untuk dihias. Cincang bawang merah & bawang putih. Potong timun,hiris tomato,mayang cili,daun bawang & petik daun ketumbar untuk hiasan. Sediakan sos: Campurkan semua bahan sos dengan 4 sudu air di dalam mangkuk. Memasak ikan masam manis: Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga berwarna kuning di kedua-dua belahnya.Tus & letakkan dalam pinggan bujur. Tuang minyak daripada kuali. Goreng bawang merah & bawang putih dalam minyak yang lebih itu. Tuang ke dalamnya adunan sos & masak hingga pekat. Perasakan secukupnya. Tuangkan dengan cermat ke atas ikan goren. Hiaskan dengan timun & tomato yang telah dihiris dikeliling ikan serta bahan-bahan yan telah dimayang di atas ikan itu.