Ikan Masak Laprik

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan kembung
15 ulas bawang putih (ditumbuk)
15 biji cili api (ditumbuk)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 tangkai daun sup
2-3 tangkai daun bawang
air perahan dua biji limau nipis
ΒΌ cawan air
sedikit gula, garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Ikan kembung dibersihkan, goreng bersama kunyit dan garam , ketepikan.

Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api yang ditumbuk hingga garing. dan masukkan air dan air perahan limau nipis. Masukkan ikan, tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan daun sup, daun bawang dan taburkan dengan sedikit bawang goreng