Ikan Masak Kuning

Ramuan / Bahan

2 ketul ikan tenggiri
1 cawan santan
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar lada hitam
1 helai daun kunyit
4 sudu besar mentega 2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 inci halia (dihiris halus)
2 biji bawang putih (dihiris halus)
1 batang serai
Garam

Cara-cara

Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan mentega dan goreng iakn hingga masak dan ketepikan.

Panaskan mentega dan tumis halia, bawang putih dan serai.

Masukkan santan, lada hitam dan kunyit hidup yang telah ditumbuk halus serta garam dan kunyit secukup rasa.

Masukkan ikan dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih dan agak pekat.

Angkat dan hidangkan.