Ikan Masak Kicap Bercili

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal (dikelar)
3 sudu besar kicap lemak manis
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng
Daun pastri dihiris halus Bahan-bahan ditumbuk :
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 biji cili api

Cara-cara

Ikan bawal disapu dengan garam, kemudian goreng seperti biasa (toskan).
Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, bila panas masukkan bahan yang ditumbuk tadi, goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan garam dan bahan perasa. Bila sebati masukkan air dan kicap. Bila mendidih sedikit masukkan ikan yang digoreng tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan hidang, taburkan dengan daun pastri.