Ikan Masak Kicap

Ramuan / Bahan

500 gm ikan selar kuning (disiang)
2 camca serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit minyak makan untuk melenser
3 biji besar ubi kentang (dibuang kulitnya & dihiris bulau-bulat)
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
½ kuntum bunga lawang
4 labu sedang bawang besar (dihiris bulat-bulat)
4 biji buah tomato separuh masak (dihiris) 2 cawan air
2 camca kicap pekat
1 camca kicap manis
6 batang lada hijau ( dihiris menjadi jalur-jalur panjang)
1 camca gula merah -jika suka
1 biji tomato masak (dibelah-belah)

Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 camca lada hitam

Cara-cara

Perasakan ikan dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Pijarkan minyak hingga berasap. Gorengkan ikan hingga garing, kemudian toskan minyak minyaknya ke dalam kuali & ketepikan.Gorengkan pula hirisan-hirisan ubi kentang seperti ikan. Pijarkan 2 camca minyak ditempat lain. Masukkan semua rempah kering & tumiskan hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk. Tumis selama 2-3 minit.Masukkan bawang & tomato yang telah dihiris. Kecilkan api & masaklah hingga bawang layu. Masukkan air & semua kicap tadi. Kacaulah perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan ikan , kentang & lada. Didihkan perlahan-lahan selama 5-10 minit, Kemudian masukkan gula ( jika digunakan) & sesuaikan rasanya. Isikan ke dalam mangkuk & hiaskan dengan belahan-belahan tomato. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & sambal.