Ikan Masak Beriani

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan tenggiri
Minyak untuk menggoreng dan menumis
5 biji tomato
1 cawan air
Sedikit garam
1 camca besar rempah ikan
2 camca besar rempah beriani
3 biji bawang besar, dihiris dan digoreng
Bahan-bahan dikisar:

2 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau

Cara-cara

Ikan dipotong ikut suka dan digoreng setengah masak.

Tumis bahan kisar. Masukkan tomato, tuangkan air, garam, rempah ikan dan rempah beriani.

Masukkan bawang goreng dan masak sebentar.

Kemudian, masukkan ikan dan diangkat.