Ikan Masak Asam Tumis (mereneh)

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan kembung / pelata / cencaru
6 biji cili kering
(Ditumbuk / semuanya digiling)
6 mm persegi belacan
6 mm kunyit kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris lengkuas / halia 1 batang serai
2 biji tomato (jika suka)
1 sudu kecil asam jawa
375 ml air
2 sudu besar minyak
½ sudu kecil gula
Garam (secukup rasa)

Cara-cara

Sediakan ikan. Bersihkan ikan & perasakannya dengan garam. Sediakan bahan-bahan yang hendak ditumbuk. Celur lada kering. Kupas bawang merah, bawang putih, halia / lengkuas, buangkan kulit luar serai, kunyit kering & basuh semuanya. Tuskan lada kering, potong serai & lain-lain & tumbuk / giling semuanya dengan belacan. Perah asam jawa dengan 375 ml air tapis. Basuh & belah 2 tomato. Memasak ikan. Panaskan minyak dalam belanga atau sospan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk / digiling hingga garing. Tuang serta kacau air asam jawa di dalamnya perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan ikan & biarkan ia mereneh selama 10 minit kemudian masukkan tomato. Masukkan garam & gula secukup rasa. Hidangkan dalam mangkuk lauk.