Ikan Kukus Madu Limau Kasturi

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan kerapu (sederhana)
5 ulas bawang putih
2 inci halia muda dimayang
3 biji limau kasturi dibelah 2
Sedikit cendawan hitam/butang
Serbuk perasa ajishio
2 sudu besar madu
Sedikit garam
Daun ketumbar (jika suka)

Cara-cara

Perapkan ikan dengan sedikit garam selama 10 minit. Panaskan periuk untuk mengukus. Masukkan ikan yang diperrap tadi kedalam loyang dan taburkan serbuk perasa ajishio.

Masukkan bawang putih dan halia muda yang telah dimayang. Masukkan juga cendawan, limau kasturi dan 2 sudu besar madu.

Bila air telah mendidih, kukus ikan untuk 25 minit. Bila masak taburkan daun ketumbar yang telah dipotong.