Kek Roti

Ramuan / Bahan

6 camca besar gula
6 biji telur
6 camca besar tepung gandum
6 camca besar serbuk koko
100 gm coklat hiris
200 gm walnat cincang Bahan-bahan krim mentega:
400 ml susu cair
3 camca besar tepung gandum
100 gm gula halus
250 gm mentega

Cara-cara

Gula dan telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Masukkan serbuk koko dan coklat hiris. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar hingga masak. Angkat dan sejukkan. Kemudian sapu krim mentega pada seluruh permukaan kek dan balut dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan kek dan sapu lebihan mentega pada seluruh kek. Tabur walnat cincang dan hias mengikut suka.

Cara membuat krim mentega:
Panaskan 350 ml susu cair manakala bakinya dicampur bersama gula dan tepung. Pukul hingga kembang. Masukkan susu panas dan mask 3 hingga 5 minit dengan api sederhana. Angkat dan sejukkan. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan bancuhan susu. Pukul sebati. Apabila siap baru disapu pada kek.