Ikan Kukus Cendawan

Ramuan / Bahan

500gm ikan kerapu
4cm halia
4biji bawang merah 50gm cendawan butang (Kering)
sedikit lobak merah (hiris)
garam secukup rasa
2 sudu minyak

Cara-cara

1. Lumurkan ikan dengan garam ketepikan
2. Rendam cendawan hingga lembut kemudian hiris
3. Tumis halia bersama bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cendawan dan lobak, kacau rata dan biarkan seketika
4. Masuk ikan dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah ditumis diatasnya.
5. Kukus selama 10 minit atau mengikut saiz ikan.