Ikan Kukus Berdadih

Ramuan / Bahan

1 camca besar rempah kari ikan
Garam secukupnya
1 ekor ikan siakap
2 camca besar mayonis
4 camca besar dadih
1 camca besar tomato puri ½ camca besar sos ikan
1 camca bear air limau nipis
1 ulas bawang putih, ditumbuk
Serbuk lada sulah secukupnya
2-3 biji cili merah-hiris untuk hiasan
1 pokok daun bawang-hiris untuk hiasan

Cara-cara

Lumurkan rempah dan sedikit garam pada seluruh ikan. Kukus ikan hingga masak. Satukan air kukusan ikan, garam, mayonis, dadih, puri tomato, sos ikan, perahan limau nipis, bawang putih dan serbuk lada sulah di dalam mangkuk kecil. Kacau sebati hingga menjadi sos. Tuangkan sos pada ikan dan taburkan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas-panas.